Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1434H kepada semua Muslimin dan
Muslimat. Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah
SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita dipertemukan kembali dengan
bulan yang agung dan penuh keberkatan. Semoga ibadah kita kali ini lebih baik
dari tahun-tahun sebelumnya, Insya Allah.
Sempena bulan mulia ini, mungkin lebih tepat
saya bawakan sedikit informasi tentang sebuah taman yang bertemakan kitab suci
umat Islam, Al-Quran yang kini sedang giat dalam pembinaan.
Gambar
ehsan : top100.rambler.ru
Dubai
sedang menambah satu produk pelancongan baru berskala besar iaitu sebuah taman
tema yang berkonsepkan tumbuh-tumbuhan yang disebut dalam kitab suci Al-Quran
dan terowong berhawa dingin yang menggambarkan peristiwa-peristiwa dalam
Al-Quran - sebuah tapak penghormatan bagi kitab suci Al-Quran.
Terletak di kawasan Al Khawaneej, tapak seluas 60 hektar ini telah direka "dari perspektif Islam untuk memperkenalkan keajaiban Al-Quran melalui pelbagai kejutan untuk para pengunjung". Hanya pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan sepertimana disebut dalam kitab suci Al-Quran akan ditanam di dalam kawasan taman ini.
Terdapat kira-kira 50 spesis tumbuhan yang disebut di dalam Al-Quran. Menurut Hussain Lootah, Ketua Pengarah Majlis Perbandaran Dubai, mereka telah berusaha dan berjaya mencari semua spesis yang disebutkan melainkan satu spesis iaitu 'Zaqqoum' (sejenis tumbuhan yang mana dinyatakan di dalam Al-Quran hanya terdapat di dalam api neraka, Wallahu a'lam).
Taman
ini akan mempunyai kawasan Umrah, teater terbuka, oasis, taman padang pasir, sebuah
tasik dan terowong berhawa dingin sepanjang 100 meter yang akan memaparkan
cerita dan keajaiban seperti yang disebut di dalam Al-Quran.
Cadangan
susunatur Taman Al-Quran
Ilustrasi artis menggambarkan terowong yang akan mempamerkan keajaiban seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran
- bantuan dalam bentuk imej dan bahan-bahan audio.
Ia juga akan mengandungi kemudahan lain seperti kawasan permainan, trek berbasikal dan trek pejalan kaki / 'jogging'. Tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang bakal ditanam di dalam taman ini termasuklah pokok ara, delima, zaitun, jagung, sayur-sayuran, bawang putih, bawang merah, kacang dal, barli dan gandum.
Di
antara tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang disebut di dalam Al-Quran adalah seperti
berikut:
1. Timun (Cucumis sativus) -
Surah Al-Baqarah : Ayat 61
2. Kurma (Phoenix dactylifera)
- Surah Al-Isra': Ayat 91
Pokok
Kurma (Phoenix dactylifera)
Gambar
ehsan : theenatalie.blogspot.com
3. Biji Sawi (Brassica nigra)
- Surah Al-Anbiya' : Ayat 47
Biji Sawi (Brassica nigra)
Gambar ehsan : stewardshipoflife.org
4. Buah Tin (Ficus carica)
& Zaitun (Olea europaea) - Surah
At-Tin : Ayat 1
Zaitun (Olea europaea)
Gambar ehsan : toddsbotanics.co.uk
5. Delima (Punica granatum) -
Surah Al-An'am : Ayat 99 & 141
Delima (Punica granatum)
Gambar ehsan : prlog.org
6. Halia (Zingiber officinale) - Al-Insaan : Ayat 17
7. Pisang (Musa paradisiaca) -
Surah al-Waqiah : Ayat 29
8. Labu Air (Lagenaria siceraria)
- As-Saaffaat : Ayat 146
9. Kapur (Dryobalanops aromatica)
- Surah Al-Insan : Ayat 5
10. Kacang Dal / 'Lentils' (Lens
culinaris) - Surah Al-Baqarah : Ayat 61
11. Gandum (Triticum aestivum)
- Surah Al-Baqarah : Ayat 61
Gandum (Triticum aestivum)
Gambar ehsan : businessweek.com
12. Bawang (Allium sepa) -
Surah Al-Baqarah : Ayat 61
13. Anggur (Vitis
vinifera) - Surah Al-Kahfi : Ayat 32
Anggur (Vitis vinifera)
Gambar ehsan : en.m.wikipedia.org
Pengembaraan ke taman ini akan dimulai dengan sebuah pintu masuk gaya Andalusia yang besar serta dilengkapi rumah hijau yang diperbuat daripada kaca, berukuran 80 x 25 meter bagi menempatkan 15 spesis pokok dan tumbuh-tumbuhan yang memerlukan iklim sederhana.
Perancangan dan pembinaan awal taman ini telah berlangsung selama dua tahun di mana penyediaan tapak, bangunan perkhidmatan dan trek telah pun selesai pembinaannya. Daripada 13 buah taman yang dirancang, 5 buah daripadanya telah siap. Fasa kedua dijangka siap menjelang Julai 2014, sebelum fasa terakhir dan pembukaan rasminya dijadualkan pada September 2014.
Pembinaan taman tema Al-Quran ini dilihat sebagai satu inisiatif yang amat baik dari sudut pendidikan dan penghayatan kepada kitab suci Al-Quran.
Salam Ramadhan..
No comments:
Post a Comment