Monday, May 19, 2014

Senibina Landskap Di Dalam Perspektif Islam


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Kali ini, saya berbesar hati berkongsi sebuah artikel yang ditulis oleh rakan saya seorang pensyarah kanan di Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Yazid Mohd Yunos mengenai Senibina Landskap Di Dalam Perspektif Islam.


Saya tertarik dengan penulisan beliau tentang peranan manusia sebagai khalifah Allah, dalam konteks alam lingkungan/ senibina landskap. Sebagai pewaris bumi, setiap orang mukmin bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan memakmurkan muka bumi ini berlandaskan syariat Allah s.w.t. Semoga anda, tidak kira dari pelbagai latar belakang pendidikan mahupun bidang tugas mendapat manfaat daripada artikel ini.

***********************************************************************************

SENIBINA LANDSKAP DI DALAM PERSPEKTIF ISLAM (SIRI 1)

1. Peranan 'Khalifah' Yang Mesti Dicerna oleh Arkitek Landskap

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 30-31 yang bermaksud:


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu) dengan berkata: "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". TuhanMalaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkanNya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar."

Sejak awal penciptaan manusia, mereka dihantar ke bumi dengan dibebani tugas KHALIFAH iaitu wakil pengurus bumi. Khalifah yang bermaksud mewakili kuasaNya untuk mengelola, memakmur dan menguruskan bumi sesuai dengan kehendak Pencipta alam ini. Arkitek Landskap mestilah menyelami prinsip-prinsip khalifah iaitu:

1. Tidak memiliki kekuasaan hakiki ('adamu haqiqatul mulkiyah). Ini adalah kerana pemilik dan penguasa yang hakiki adalah Allah, Sang Pencipta alam semesta. Manusia hanya mendapat amanah mengelolanya. (Surah Fatir : Ayat 13; Surah Ghafir : Ayat 53).
2. Bertindak sesuai kehendak yang mewakilkan (at-tasharrufu hasba iradatil mustakhlif). Sebagai khalifah (wakil) Allah di bumi, Arkitek Landskap mestilah bertindak sesuai kehendak pihak yang mewakilkan kepadanya iaitu Allah (Surah Al Insan : Ayat 30; Surah Al Qasas : Ayat 68).
3. Tidak melampaui batas ('adamul ta'addil hudud). Dalam menjalankan tugasnya, Arkitek Landskap tidak boleh melanggar batas-batas yang telah ditetapkan Allah dalam syariatNya (Surah Al Adiyat : Ayat 6-11).
4. Bila mana Arkitek Landskap dapat memahami erti kekhalifahan yang berwibawa, maka dia dapat menunaikan tugasnya dengan baik iaitu:
i. Pemakmuran bumi (al-'imarah) (Surah Al Baqarah : Ayat 104, 110). Pemakmuran itu berupa pembangunan mampan sehingga pembangunan alam sekitar dengan rohani itu bersinergi dan mencapai peradaban (al-hadharah) yang bermoral dan peradaban yang tinggi.
ii. Pemeliharaan (ar-ri'ayah) (Surah Al Baqarah : Ayat 218; Surah Al Kahfi : Ayat 110; Surah Al Insan : Ayat 7). Sentiasa menjaga dan memelihara ekosistem alam semesta secara mampan / lestari melalui pendekatan targhib (harapan imbalan) dan berupa pahala (al-jaza') bagi yang konsisten dan tarhib (ancaman) berupa hukuman (al-'uqubah) bagi yang melanggarnya.

***********************************************************************************

SENIBINA LANDSKAP DI DALAM PERSPEKTIF ISLAM (SIRI 2)

Interaksi Arkitek Landskap Terhadap Alam Sekitar
Tugasan hakiki seorang Arkitek Landskap dalam merancang, merekabentuk, membina dan mengurus projek dan penyelenggaraan dalam sesuatu projek landskap pasti terpaut dengan alam sekitar dengan elemen-elemen seperti pokok-pokok tanaman, unsur landskap lembut seperti air, rupa bentuk bumi, ekologi dan ekosistem.
Islam mengajar supaya kita sentiasa mengenang jasa dan budi. Kita mengetahui bahawa kita ini dicipta daripada unsur alam seperti tanah, air dan lain-lain. Maka sewajarnya sebagai Arkitek Landskap, harus menghargai semua unsur diri kita ini dengan cara memelihara dan memuliharanya. Mari perhatikan dan mendalami firman Allah dalam Surah Hud : Ayat 61 yang bermaksud:
"Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka Nabi Saleh. Dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu, mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya."
Banyak ayat dalam Al-Quran Allah mengungkapkan mengenai alam sekitar yang sepatutnya menuntut kita sebagai Arkitek Landskap keterhadapan untuk sentiasa berfikir mendalam. Allah bercerita mengenai air, langit, bumi, tanah, bukit, gunung-ganang, fenomena alam sekitar, bulan, bintang dan matahari, semua itu antara lain adalah untuk kita bersyukur dan menghargai ciptaan-ciptaan itu. Semua unsur tersebut adalah elemen yang terlalu rapat dengan bidang senibina landskap. Bahkan semua elemen landskap dan alam sekitar ini telah lama diajarkan kepada Nabi Adam satu persatu supaya manusia sentiasa memikirkan akan ciptaanNya serta tugasan dan bebanan Khalifah yang sedang kita galas ini tidak diabaikan.
Arkitek Landskap mestilah ada perasaan ihsan terhadap alam sekitar kerana mereka semua makhluk alam semesta ini ditundukkan buat manusia - ditundukkan untuk memudahkan manusia menunaikan tugasnya sebagai Khalifah.
Konsep lestari dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat Al-Quran dan hadis. Allah ungkapkan dalam firmanNya yang bermaksud: ...(iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (Surah Ali-Imran : Ayat 191)
Tiada yang sia-sia dalam penciptaanNya apa yang ada di dalam alam semesta ini. Sekecil mana walau berukuran zarah atau nano ia tetap makhluk yang sentiasa bertasbih membesarkan dan memuji penciptaNya yang diciptakan dengan ada fungsi dan tugasannya. Sedarilah wahai yang bergelar Arkitek Landskap, setiap 'design' yang kita hasilkan akan mewujudkan interaksi manusia dengan elemen alam sekitar, iaitu makhluk-makhluk Allah yang hidup berzikir terhadap penciptaNya. Kerakusan atau kesilapan merancang terhadap alam sekitar ini, tidakkah makhluk2 Allah yang bertasbih ini tidak mengadu kepada TuhanNya? "Ya Allah, hambaMu ini sedang melakukan kerosakan terhadap kami".


Artikel oleh:

Dr. Mohd Yazid bin Mohd Yunos
Pensyarah Kanan
Fakulti Rekabentuk dan Senibina
Jabatan Senibina Landskap
Universiti Putra Malaysia


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”


2. Pemeliharaan (ar-ri’ayah) (Al Baqarah ayat 218, Al Kahfi ayat 110, Al Insan ayat7). Sentiasa menjaga dan memelihara ekosistem alam semesta secara mampan/lestari melalui pendekatan targhib (harapan imbalan) dan berupa pahala (al-jaza’) bagi yang konsisten, dan tarhib (ancaman) berupa hukuman (al-‘uqubah) bagi yang melangg
Dr Mohd Yazid Mohd Yunos
Department of Landscape Architecture
Universiti Putra Malaysia

No comments: